its ME

My Photo
simple. happy go lucky.

heartbeat

Thursday, February 9, 2012

[Resipi] : Non Bake Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum =)

Dah lama aku tak update kan? Maaf ye. Sebenarnya kalau ikutkan banyak sangat nak cerita. Tapi penyakit M melanda diri. hehehe. Ntah apa apa.

Pagi tadi before gerak pergi kerja aku merajinkan diri buat ciskek. Entah apa apa aku nih. Petang semalam balik kerja malas nak buat. Time nak pergi kerja tuh la baru sibuk nak buat. Hehe. Nasib sempat kejar nak sampai office pukul 9. Nak kejar attendance allowance beb. Dah lama tak dapat. Dah ler company aku nih tak de elaun lain. Sedih tau. Eh, aku dah melalut. Maaf. Hahaha. Ok, back to basic.

Terus terang aku cakap, kek yang aku buat ni aku buat ikut suka. Aku memang selalu menderhaka tak ikut resepi. hee.. So agak susah aku nak share resipi ye kawan kawan. Apa pun aku cuba yang terbaik. hehe. Takpe, aku sertakan resipi asal yang aku ade, sambil tu aku bagitau ape yang aku buat. hee.. tapi kalau uols nak ikut sebijik sejiban macam resipi yang aku nak dapat ni pun boleh. Nak di ingatkan, kek nihjenis yang soft soft gitu. Mr Chen cakap, macam asikrim. hehe. Yang paling best bile Mr Chen ckp, kalah Secret Recipe. Erk! over pulak Mr Chen ni. hahaha. Padahal, die bagi pujian supaya aku lagi semangat masak macam2. Aku kan pemalas. hahaha.Takpela. Biar la aku perasan sorang sorang. hahaha.

 Ini lah rupa kek yang aku buat pagi tadi.
Eh, sebenarnya dapat banyak.
Ni sebahagian je. hehe.
Aku bahagikan tupperware besar, 1 yang ni.


Bahan-bahan A
  1. Biskut digestive
  2. 1/4 cwn butter
Bahan-bahan B
  1. 500g cream cheese 
  2. 1 cwn gula halus
  3. 4 cwn whipping cream / 1 kotak kecik  whipping cream
  4. 1/2 sb vanila
  5. 3 sb gelatin + 1/4 cwn air panas
  6. Oreo 
Cara-cara.

Bahan A

  1. Crush/ blender biskut digestive. **Ni aku guna ikut suka, kalau korang suka kerak die tebal, buat lah lebih. hehehe. Tapi kalau crust tu nak guna biskut oreo pun boleh. Takde masalah.**
  2. Cairkan butter. Kemudian campurkan dengan biskut yang dah di hancurkan tadi **butter ni korang agak2 ye. jgn terlebih sgt. Agak agak biskut tuh stick together, ok la. **
  3. Tekan tekan dalam loyang. Sejukkan dalam fridge.
Bahan B
  1. Pukul cream cheese bersama gula halus sampai kembang. **kat rumah mak cik aku takde mixer. so, aku guna blender. Blender susah nak gerak kalau takde air, so aku tambah susu cair ikut suka aku. haha. agak2 die gerak ok la. Gula pun aku tak ikutan sukatan sebab aku buat ikut citarasa kemanisan aku. Sambil sambil pukul tu, aku rasa la. Kalau rasa kurang enak, aku tambah gula sikit lagi. hehehe.**
  2. Campur 4 cawan whipping cream. Kaup balik kan sampai rata. **ok, whipping cream ni kalau korang guna yg instant, ikut sukatan cawan tuh. kalau guna yang masih dalam kotak, bedal je sekotak. hehe. **
  3.  Masukkan vanila. **Pagi tadi aku lupa nak masukkan. hahaha**
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. PAstikan ianya tak berketul. Masuk dalam adunan. Gaul rata. Gelatin ni cari yang halal lah ye. hehe. Tapi kalau takmo letak pun takpe. Cuma maybe nanti tekstur die terlebih lembut.
  5. Lepas tuh masukkan lah biskut oreo yang dihancurkan. Gaul. Ini sukati korang la. Kalau suka putih bersih, susun je oreo kat atas macam cake aku tuh. hehehe.
  6.  Dah siap gaul sebati, tuang dalam loyang atau pun tupperware je senang. hehe. Dah siap, simpan dalam fridge dulu ye kawan kawan. Fridge bawah je. tak payah nak semngat sangat letak yg frozen tuh. hihihi. Esok dah boleh makan. nomnomnom.



Whipping cream yang aku maksudkan whipping cream kotak. 
Tak silap aku 200g.


Ni pulak instant whipping cream. tinggal pancut je. 
Sukat pakai cawan. hehe


Selamat mencuba. Dah cuba, jangan lupa bagi aku sikit. hehe. Dah cuba, share gambar ye. =)
Reade more >>

Thursday, October 27, 2011

Kembara ke Penang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera =)

Dak Ensem ;)

cewah. title post nak gempak kan? hahaha.
last weekend (21-23 Oct) aku, Mr Chen & 1 of my colleague pi penang. 
nak attend wedding my bro. *bukan abg kandung. aku mane ade abg. hihi
ala.. bro aku yang baru tunang mase bulan 4 ritu tu.. 


sikecik iman, senior aku kak teha, & aku

erm, kembara ku bermula dari ari jumaat lagi.
petang jumaat tu aku naik bas dari johor pi KL.
malam tu from KL weols gerak direct to penang.
pergh! kematu buntut duk dlm kete.
belum kira tahan mata lagi. hihihi.
kesian Mr Chen. penat sangat die. *lap u mo den bipo.
Mr. Chen bergilir gilir drive ngn senior aku tu.
aku tak drive, tapi tak boleh tido jugak sebab kne teman depa drive.
gile kentang tau tak.. haha.
weols stay batu kawan.
rumah member senior aku.
dekat subuh jugak la weols sampai. 4am. 


peace!! iman pun pandai. =)
 
esoknya takde pi mana just pi wedding bro shamir.
pusing2 padang kota lama.
malam pulak weols pusing pusing pulau.
tuan rumah bawak jalan.
tuan rumah sangat baik hati.
terima kasih ye. len kali mai johor, habaq na.. ;D
setelah berkurun tak nek feri penang, akhirnya dapat jugak. hihihi.
weols takde pegi mana pun.
2 hari tak sempat nak pusing pusing penang.
singgah sana singgah sini.
next time la pi lagi. *bile tu tak tau la kan. haha.
ape pun, memang best!!! *sbb ade MR Chen


p/s: wedding bro shamir tu nnti aku buat entry lain ye. hehe.

Reade more >>

Kereta Meragam

Assalamualaikum & selamat sejahtera =)


highway Pasir Gudang

kadang kadang aku rasa aku ni macam biskut la. 
sekejap ada, sekajap takde. hihihi.
hm,tapi nak buat macam mana. 
memang takde masa nak update selalu. 
hehe. bukan ade orang yg follow nk baca blog aku ni pun. 
lagipun tujuan sebenar aku berblog sekadar catatan tuk aku sendiri.
kalau ade yang baca, terima kasih =)

okla, rasa macam dah over terlajak tajuk.
*aku memang selalu lari tajuk. hish.
aritu ntah macam mana tayar kereta mak cik aku pecah. 
luckily tak meletop & terbabas.
Alhamdulillah.
risau jugak sebabnya it happened kat highway pasir gudang. 
highway yang terkenal dengan kemalangan.
nauzubillah.

tapi macam syok jugak.
bile berenti kat tepi highway tu.
sempat la aku snap pic highway PG dimalam hari. *poyo!
syok syok jugak. tapi tetap seriau beb.
nak nak lagi bile lori besar besar lalu. 
shuuuuu... pergh! angin die..
lebat! haha..

kereta kami

nasib la masa kejadian pak cik aku yang drive.
cuba kalau dat time cum aku ngn makcik aku je.
mau nye tak gelabah mikir macam mana nk tukar tayar.
hahaha. kan abah da pesan, blajar macam mana. 
nanti ape2 tak de la susah. *tapi aku degil.

moral of the story, 
kepada kaum gadis diluar sane
*gadis la kan. nampak ayu remaja gitu. hihi
jangan nak lepas tangan cakap tak perlu tau macam mana nak tukar tayar or what so ever yang berkaitan kereta. *contoh paling dekat, aku la tu. haha.



p/s : aku salu anggap, Mr Chen akan sentiasa ada tuk tolong aku. ngee~ 





Reade more >>

Friday, October 7, 2011

[JJCM] BBQ & Steamboat D'Terrace

Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)

beberapa hari lepas, Mr Chen ade conference kat Thistle johor. 
makanya malam tu aku temankan la Mr Chen bawak pi Jalan2 cari makan. 
hehe.. bukan selalu pun. Eh, tak penah sebenarnye. hehe. first time

 Mr Chen men sepit2. hee


dat day weols pi melantak kat BBQ & Steamboat D'Terrace.
orang lain sume da pergi banyak kali kot. 
aku baru 1st time neh nak mencuba. 
padahal selalu je lalu lalang depan tu. hahaha.
hm, bagi aku, okla. sedap pun sedap marinate die.
yang paling wat aku teruja, sos die lebih kurang rasa macam sos Johnny. 
pergh, fav aku tuh. hehe.. kagum gak la aku. hihi.
Mr Chen geleng2 pale je tengok aku. *angguk2, geleng2, toink2. ;p

 
see? see? penuh grill tu kitorang kejekan. 
tu baru 1st round. haha. dalam tak tunjuk lagi.


gile kentang kitorang makan. banyak kot! 3 round. 
hahahaha.. rugi kalau bayar mahal2, makan sikit. 
bayaran die RM20.90 untuk seorang dewasa ye.
korang nak melantak smpai pengsan pun takde orang nak marah.

sebab tu aku cakap rugi kalau makan sikit2. 
sape ngah diet, lupakan je la nak pi makan cegini.
bazir je duit. heeee..
cuma yang tak best, eskem die boleh amik sorang 1 je. 
kalau lagi satu tempat aku pernah pergi, 
ko ambik la bape bnyak ko nak amik. 
ade aku kesah?? hahaha.. 

Mr Chen bersama si UDANG KETAK kesayangan.
*berani la die sayang udang lebih dari sayang aku. ceh. ;p

tapi tak boleh lawan Seoul Garden kot.
cuma kelebihan die, a BIT murah la banding Seoul Garden. 
takpe, next time aku nak mintak Mr Chen blnje tempat lain pulak. peace!
malam tu, masing2 pulang dengan perut membulat. kekekeke. 
kenyang hokey..!! Alhamdulillah.. =)



p/s : uols, nanti aku ngn Mr Chen belanje nasi minyak k. =)



Reade more >>

Thursday, October 6, 2011

Jemputan Walimatul Urus

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera =)

hye uols. ada sehat ka?
ok, aku malas nak membuang masa.
dah terang lagi bersuluh. 



dah terang2an uols nampak kad jemputan tu kan?
tajuk post aku pun dah tau kan?
aku berbesar hati menjemput korang ke majlis kahwin aku. 
erkkkk!!! tanjat boboi.
haha. gurau je. 


takdela, semalam member aku DILAELEYANA mintak tolong. 
mintak tolong mengwar-warkan majlis beliau.
pada kekawan yang mengenali, anda dijemput hadir.
mana tau kekawan blog ni yang kenal beliau, jemput datang ye.
yang tak kenal, next time, wedding aku, korang datang ye. 
hahahaha. tapi entah bile.. *akan diberitahu kemudian.



p/s: semoga semuanya selamat


Reade more >>

Alahai Omak Kahwinkan Aku~

Assalamualaikum & Selamat Pagi.


Alahai omak kahwinkan aku. 
cehceh ko.. dah gatal sangat nak kawen. 
hahaha. takde la. sesaje suka suki.
bukan salu pong!
diz year je dah bape ramai member aku kawen. 
dah jadi mak pun dah ramai. 
aku?? haa.. aku bakal menyusul.
kuikuikui. doakan kami murah rezeki ye.
bagi lancar urusan kami. cewah.
haha. ni dah lari tujuan asal entry aku neh.
moh moh kembali ke pangkal jalan.

sweet couple

last week, aku menumpang member aku pi wedding 1 of our fren.
ye, aku menumpang je. hehe.
punya lah susah nak cari umah pengantin. 
gune GPS pun tak jmpe tau. *tapi bkn GPS aku. GPS aku tu wat pekasam jela. tak reti gune. haha
last last weol berbesar hati guna GPS makcik kedai makan. 


 hadiah dari kami

haha. pepaham je la. pe lagi kalau bukan berenti tanya.
haaa.. kan nenek da cakap, malu bertanya sesat jalan
dah tanya 2x, baru ler jmpe rumah pengantin.
dekat kul 2 jugak rasanya. tengah panas membahang gitu. 

 wedding kek yang mabeles. 

sampai2, dah ramai member yang lain menanti. *ceh, mcm la tunggu aku kan. haha.
masing2 dengan tunangan masing2.
pehtu depa sebuk duk tanya.
mana tunang ko? mana abg cik? ceh2.. .



bride yg gojes

ade ni ha, dlm poket aku. 
tak blh bawak keluar. bahaya.
sebab nanti tak terlayan ngan jelingan manja gadis2 bile tgk tng aku.  
hahaha. *yela, tunang aku sorang je la yang ensem. bluwek!! ;p
takdela, aku neh special case skit. 
always PJJ.. dari dulu sampai skrg.
die disana, aku disinun. cewah. hehe.
ok, lari tajuk lagi.hahaha. 

 sama cantik sama padan

takpela, sambil2 'dengar' *dengar ke? aku bebel, 
kan aku da sediakan gmbr2 gojes tuk tatapan uols.
hahaha.k, kite sambung ceritera aku. 
aku paling suka bile pi kenduri member. 

 aweks cun in da house

mana taknye, kat situ la dpt jumpa kekasih gelap yang terpisah.
eh, bile plak aku ade kekasih gelap? 
hihihi. gurau je. Mr Chen sentiasa di hati. ALWAYZ!
mestila jumpe kekawan segonjeng.
kire reunion la kan?


 nampak tak? excited sangat sampai 
tutup abes pengantin kat belakang nun. haha

nak buat reunion entah bila. 
wedding2 cam gini la jadi mangsa. 
sangat2 happy dapat jumpe semua. 
korang..!!! sangat suke bile dpt jumpe.
semoga kite dapat bersua di lain kali ye.
time aku kahwin, korang datang tau. tau!
pelizzz.. hehe.. *over btul. 



kami si gadis ayu. coi!

dah makan2, snap sana, snap sini.
aku pun balik la. 

takkan nak duk berkampung kat situ kot. haha.
kacau praibesi pengantin jerk.


 pelamin pun kerlasss

okeh, balik pun aku menumpang member. 
tapi member lain. 
sebenarnye aku nak terus ke Kajang dat day. 
kire aku transit Melaka dulu la from JB.
hebat kan aku? hahaha. 
blik beradu

 ape pun, aku doakan semoga Wawa & Wan berbahagia sentiasa. 
bahagia hingga ke syurga. insyaAllah.
semoga wawa menjadi isteri yg solehah & ibu mithali. =)
amin.



p/s: Doakan turn kami ye.. peace yo! ;)





Reade more >>

Tuesday, October 4, 2011

[TIPS] Hapuskan Selulit

Assalamualaikum & Selamat Petang =)


petang2 hari ni aku nak cite pasal musuh ketat perempuan. hihi.
SELULIT dan sewaktu dengannya. 
yang pasti, musuh aku jugak. haha.

geram tau bile tgk selulit selulit neh. 
selulit ni bukan ade pada orang2 yang gemuk je. orang kurus pun ade tau. 
sini aku nak kongsi camno nak hapuskan skit demi skit selulit itew.. 
Selulit neh boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam.
tapi jangan ingat kacang goreng je uols nak nyahkan dia dari badan. hihi.. 
payah wookk.. meh2 kita amalkan.. 

***selulit ni memang susah nak hilang terus. 
    tapi dengan amalan hidup yang sihat, kita dapat kurangkan.

  1. Berjalan: Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.
  2. Membengkokkan lutut: Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan. Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.
  3. Mengangkat kaki semasa meniarap: Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.
  4. Rendahkan badan dan twist! Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.
  5. ‘Squat thrusts’: Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.


Reade more >>

Rahsia Awet Muda

Assalamualaikum  & salam sejahtera =)


haaa..!! sebut pasal awet muda, sape yang tak nak muda kan?
hehe.. tadi aku berjalan2 (blogwalking la)
terjumpa artikel yang best. 
apa yang boleh wat wajah kita berseri2..



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

nak tau ape jawab tuanguru?
meh aku bawak korang jenguk iluvsilam.com.
rajin2 lah jenguk situ. 
banyak info yang berguna untuk kita semua. 
insyaAllah.. =)




p/s : senyum seindah suria



Reade more >>

My Wishlist!!

Assalamualaikum..

cak!! aku datang lagi. haha. 
alang kepalang aku ade masa nih,
[alang kepalang kepala payang, 
pening2 otak mengong,
alang2 da mnyelok pekasam, 
biar smpai masuk dalam. ] *okey, aku mengarut. haha.
aku bayar la hutang da lama tak bersiaran. 
post seberapa banyak entry yang aku mampu. 

hari ni aku bercerita pasal wishlist aku. 
wishlist mende?? ha.. aku tak kesah la wishlist hadiah kawen ke *gatal sgt nk kawen. haha.
wishlist hadiah birthday ke *uols jgn nak ngade wat2 lupe. haha
wishlist nak mintak Mr Chen belikan ke *memang die harapan ku. oh my Chen! ;p
wishlist aku beli sendiri ke *aku tak nk beli sndiri. haha
yang pasti, MY WISHLIST!! ;p

setelah di telek, di kaji dan di godeh, aku senaraikan ni je dulu tuk hari ni. 
banyak kot wishlist aku! haha. ni baru KITCHENWARE. 
 & baru separuh kot. hahaha..
jom aku bawak uols mencuci mata.












 
maaf lah ye. 
hari ni aku malas nak terangkan 1 by 1 pic tuh..
the pic speak by itself. cewah. korok mu. hihihi. 
amacam? bestkan? hehe. 
so dari sekarang uols da blh kumpul duit tuk hadiah kawen aku. 
sempat lagi neh. hahaha.


p/s: doakan aku murah rezeki ye.. amin.. =)

Reade more >>

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..



kuangkuangkuang.
aku tau aku da ketinggalan jet pejuang.
raya dah habis kot!
hehe.. tapi pe salahnye aku nak buat post pasal raya kan?
aku ucapakan SELAMAT HARI RAYA buat teman2 dan kekawan semua. 
semoga kita berjumpa lagi Ramdhan dan Syawal akan datang.



Raya tahun ni first time aku kne bagi duit raya.
haha. amik ko! baru kau tau camno gayanya nak sediakan duit bebanyak. 
hihihi. aku bagi semampunya. tak banyak & tak sikit 
ape pun yang pasti, ikhlas dari hati aku. 
next year kalau ade rzki lebih, boleh la aku tambah amount ye. 
haa..!! korang jangan buat2 lupe nak bank in duit raya kat aku pulak. peace! 



p/s : terima kasih Mr Chen. =)







Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

find the best gift for ur lover!

kamu kamu yang rajin


biG fAmiL|

u R prEcious